Saturday, September 17, 2011

KEKABURAN PANDANGAN

aku cuba merangkak
menerjah dunia luar
jauh dari lingkaran
tititk - titik hitam
pencetus kekaburan

cuba membuntuti cahaya halus
kononnya sinar bagi jalan keluar
dambaan sang jiwa
akal turut serta menghasut
terserlah kebodohan
kerterpaksaan lantang persoalkan tindakan

sedang asyik merangkak
dunia tiba jadi gelap
pandangan kelam
tidak bercahaya walau sehalus bulu roma
ya kekaburan membataskan pandanganku

hati mengeji perbuatanku
kerana pintu telah tertutup
saat itu
waktu itu
ketika itu
takkan kau jumpa
walau dimana



p/s: hasutan jiwa memperlihatkan kebodohan dalam kematangan

No comments:

Post a Comment