Saturday, September 17, 2011

PERCUBAAN SEBUAH PENAFSIRAN

jiwa berbicara
cuba berbisik
bisikan pelahan
sukar ku tafsirkan
apa yang cuba kau siratkan
untuk akal memutarkan
sebuah pemberitahuan

aku buntu
masih cuba memahami
isi jiwa yang sedang luka
adakah kau berbisik kerana luka yang terlalu parah
owh apakah ubatnya??
biarlah aku mencari kemarata-rata
kesembuhanmu aku perlukan
untuk mentafsir
pesanan kepada akal

masih aku gagal
dalam hiruk-pikuk
kercelaruan minda bertangkai hati
ku asing luka
namun masih berdarah
ku titip pesanan
namun masih bermadah lelah
Allah bantu hambaMu


p/s : bila hati dan akal tidak bersatu, fizikal mula membelot

No comments:

Post a Comment