Tuesday, September 27, 2011

Terkadang Emosi

gerak emosi mencuba menakluki
lembah - lembah suram
mengubah putaran buah fikiran
melawan arus anjakan paradigma
songsang lumrah si penemberang

tegap kau berdiri
dengan megah mengusung dada
melemparkan serpihan kehancuran
mananamkan benih-benih kebencian

berkecamuk aku terperosok
akal yang dangkal cuba memonopoli
sejarah fikiran sempit
otak beku disejuk beku
bodoh sungguh bukan kepalang



P/s: penghambaan jiwa kepada yang tidak berhak

Putaran Yang Mengelirukan

lihat kanan
eh itu dia
lihat kiri
dia lagi
pejam mata rapat-rapat
otak sila tenang
hirup udara dalam-dalam
cuba bermeditasi

buka mata
lihat dunia
di mana-mana
ada dia
mungkin aku sudah gila
eh pasti..!!


p/s: bila pesanan dari hati ke otak menemui jalan buntu

Monday, September 19, 2011

HAPPY BIRTHDAY TO ME




Alhamdulillah,Rasa syukur dipanjat padaMu Ya Allah,umurku meningkat seangka lg.Tidakku sangka betapa pantas masa berlalu.Segala suka,duka,pahit,pedih hidup sepanjang 18thn ini aku lalui dgn penuh kesabaran walaupun hakikatnya sukar bagiku.Kau berilah aku kekuatan Ya Allah agar bisa ku jalani hidup yg mendatang dgn lebih bersedia....Amin


P/S:Sekali lg perasaan sedih dan pilu menyelubungi hidupku,
Tiada lg ucapan "Selamat Harijadi" dri insan yg disayangi...... T_T

Saturday, September 17, 2011

KEKABURAN PANDANGAN

aku cuba merangkak
menerjah dunia luar
jauh dari lingkaran
tititk - titik hitam
pencetus kekaburan

cuba membuntuti cahaya halus
kononnya sinar bagi jalan keluar
dambaan sang jiwa
akal turut serta menghasut
terserlah kebodohan
kerterpaksaan lantang persoalkan tindakan

sedang asyik merangkak
dunia tiba jadi gelap
pandangan kelam
tidak bercahaya walau sehalus bulu roma
ya kekaburan membataskan pandanganku

hati mengeji perbuatanku
kerana pintu telah tertutup
saat itu
waktu itu
ketika itu
takkan kau jumpa
walau dimana



p/s: hasutan jiwa memperlihatkan kebodohan dalam kematangan

PERCUBAAN SEBUAH PENAFSIRAN

jiwa berbicara
cuba berbisik
bisikan pelahan
sukar ku tafsirkan
apa yang cuba kau siratkan
untuk akal memutarkan
sebuah pemberitahuan

aku buntu
masih cuba memahami
isi jiwa yang sedang luka
adakah kau berbisik kerana luka yang terlalu parah
owh apakah ubatnya??
biarlah aku mencari kemarata-rata
kesembuhanmu aku perlukan
untuk mentafsir
pesanan kepada akal

masih aku gagal
dalam hiruk-pikuk
kercelaruan minda bertangkai hati
ku asing luka
namun masih berdarah
ku titip pesanan
namun masih bermadah lelah
Allah bantu hambaMu


p/s : bila hati dan akal tidak bersatu, fizikal mula membelot

Monday, September 12, 2011

Kadang Terkenang

bila hati terkenang
perlahan air mata bergenang
menandakan hati sedang pincang
kekuatan diri mula goyang

bila hati terkenang
satu sudut di hati bagai diterajang
rebah bertelanjang
kesakitan yang tak mampu dibayang

bila hati terkenang
kusujud mohon diri agar tenang
moga muncul pelangi petang
dijauhkan dari ribut taufan yang mendatang

p/s: daging bagai dihiris-hiris dan ditoreh-toreh

Kelam Malam

dalam duka malam
aku tenggelam
aku terkemam
aku tegumam
meratapi sisa-sisa silam

duka itu masih ada
luka itu masih terasa
entah sampai bila
aku lemas dalam derita
imbasan kenangan peneman bercerita

ya tuhanku
sekali lagi aku tewas
dalam mainan cinta manusia
dalam rasukan bisikan syaitan
dalam hawa nafsu yang mendesak



p/s: terkadang sulit mengikhlaskan apa yang terjadi dalam hidup kita. xsemudah mulut menutur bicara

Saturday, September 10, 2011

Fakta

Apabila org lain t’silp, mrh kita meluap-luap…
Apabila org lain t’slh, mrh kita bagai bara disimbah…
Apabila org lain t’sadung, mrh kita mula bersabung…
Apabila org lain t’sungkur, mrh kita tidak terukur…

Semuanya kerana Marah…

Apa kita lupa atau mungkin alpa, bagaimana seandainya…

Bila kita tersilap, Tuhan yg mrh…
Bila kita tersalah, Tuhan yg mrh…
Bila kita tersadung, Tuhan yg mrh…
Bila kita tersungkur, Tuhan yg mrh…

Di manalah bumi hendak dipijak…
Ke manalah langit hendak dijunjung…

Syawal 2

wahai sang arjuna
ampunkan segala kertelanjuranku
ampunkan segala kesalahanku
halalkan segala sesuatu
halalkan makan minumku
maafkan segala kesakitan
maafkan segala kesulitan

untuk
sepanjang kita bersama
kau menderita
kau kecewa
kau terseksa
kau terluka
ampunkan aku

ku susun atur jari
elok terletak kesepuluhnya
memohon ampun
mengucapkan salam
selamat hari raya maaf zahir & batin

-love-



p/s: crying is the only way how ur eyes speak when ur mouth can't explain how things made ur heart broken

Friday, September 9, 2011

Syawal VS Ramadhan Terakhir

-Ramadhan-

wahai Allah!! terima kasih kerana mendengar doaku.. diberi kesempatan melalui bulan yg mulia ini, membuka pintu hidayah seluas-luasnya, memberi nikmat mengecapi malam seribu malam yg telah Kau janjikan..

Wahai Allah!! tidak pernah Kau membiarkan aku sendirian.. setiap doaku dibulan yg mulia ini Kau makbulkan. kesempatan merasai nikmat berpuasa 30 hari tidak akan pernah luput dalam ingatan. cukup indah.. hampir setiap malam kita bertemu, Kau mendengar segala keluh kesah rintihanku, tangisanku, senduku tanpa jemu.

Wahai Allah!! jika ini Ramadhan terakhir buatku ingin ku panjatkan syukur kerana pengisiannya cukup
bermakna.aku yakin akan qada' dan qadarmu..

P/s: had lost 10 kg!!!


-Syawal-

takbir menggamit lenaku.. menyerbu datang bibit-bibit kesedihan.. raya tahun ini bukan seperti tahun2 dulu..
panahan memori memecah tangisan...

peperangan sebenarnya kini bermula.. istiqamah amat susah untuk dilakukan... berharap ianya kekal ke akhir hayat... kekalkan apa yang ada di bulan ramadhan..

kebahagiaan dunia akhirat aku dambakan


p/s: mungkin akan naik 10 kg balik!!!